BLiNQ

BLiNQ

Sunday, December 8, 2013

G.U.A.R.A.N.A....Apa Benda Pulak Lah Ni...

Kita tahu BLiNQ Beauty Drink mengandungi Guarana....tapi rupa macam mana Guarana tu pun kita tak tahu....khasiatnya lagilah kita tak tahu kan....Jom...Semak kat bawah khasiat Guarana...

Guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Pada masa sekarang, ia dianggap sebagai sejenis herba sedia ada yang telah dikenal pasti mempunyai nilai khasiat tertinggi. Ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Semua ini membantu penyerapan oleh tisu badan dan pengawetan kemudaan. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur. Tambahan pula, ia mudah diserap oleh badan manusia dan dengan itu menjadi makanan kesihatan fungsian yang dapat bertindak pantas.

Guarana (Gambar ehsan Google)
Kandungan Utama Guarana

Minerals      : Kalium, Fosforus, Kalsium, Besi, Zink .
Vitamins     : Vitamin B1, B2, B6, B12 dan E.
Asid Amino : Leucin, Lysin, Tyrosin, Methionin, Triptofan, Valin, Cystin, Alanin, Asid 
                   Glutamik, Lysliusin, Serin, Arginin, Prolin, Glisin, Histidin, Phenylalanin, Asid 
                   Aspartik.
Guaranin    : Asid Tanik, Alkaloid, Karbohidrat

Khasiat Utama Guarana
  • Menurunkan Berat Badan
Amalan pengambilan guarana mampu mengurangkan selera makan sekaligus dapat mengawal kuantiti pengambilan makanan. Bukan itu sahaja, guarana juga dikatakan mampu membakar lemak dalam badan sekaligus mengatasi masalah kegemukan.
  • Membantu meningkatkan tenaga seksual
Guarana juga dikatakan mampu meningkatkan tenaga seksual lebih - lebih lagi dengan campuran kopi. Ini kerana, pengaruh kafein yang terkandung di dalam guarana dan kopi mampu meningkatkan tenaga sekaligus meransang tenaga seksual.
  • Menghilangkan sakit kepala dan migrain
Kajian pada tahun 1997 membuktikan bahawa guarana boleh dijadikan ubat penahan sakit. Ini kerana, ianya bukan sahaja mampu merawati penyakit migrain malah mampu menyembuhkan penyakit sendi, mencegah gastrik, ulcer, hopotemia dan melancarkan sistem pencernaan badan melalui penyerapan nutrien.
  • Meransang otak dan menguatkan daya ingatan
Kajian dari Brazil menunjukkan guarana mampun meningkatkan daya ingatan kerana biji benihnya mengandungi sejenis minyak yang baik untuk meransang otak. Ianya amat sesuai di amalkan oleh para pelajar untuk menguatkan daya ingatan dan memori.
  • Memberi tenaga dan mengurangkan keletihan
Di Brazil penduduknya menjadikan guarana sebagai makanan sampingan utama untuk menambahkan tenaga dan mengurangkan keletihan. Guarana dikatakan mampu meningkatkan gula (glukosa) darah sekaligus membantu dalam penghasilan tenaga.

Pengakuan Pakar
Sarjana Perancis Gonseiu Duhhjafa menyebut dalam sebuah laporan berjudul The Products of Guarana (Guarana, O Produto): "Guarana adalah 100% organik. Ia mengandungi sebilangan besar bahan organic seperti guaranin dan tannin yang baik kepada badan manusia. Dengan ini, ia mendapat nama harum sebagai ubat awet muda. Ia kaya dengan guaranin yang boleh diserap oleh badan manusia secara perlahan. Pentadbiran Pemakanan dan Perubatan (FDA) Amerika Syarikat, selain Institut Pasteur, telah mengiktiraf Guarana sebagai makanan kesihatan semula jadi."

Dr. Berredo Carneiro dari Brazil, sarjana Eropah seperti Dr. Martins Deehastelus, Peekalt Greene dan Dr. Nirsleiner mengesahkan dalam laporan kajian mereka bahawa: "Guarana mempunyai kemujaraban yang mengagumkan. Ia mempunyai kesan diuretik dan hipotemia, baik bagi perut dan usus, selain dapat meningkatkan pencernaan, penyerapan nutrien dan keupayaan seks. Ia juga menggalakkan metabolisme organ badan dan memperbaiki tisu organ dalaman."

Ahli biokimia Paul De Cointe menjelaskan: "Guarana adalah sejenis ubat penenang saraf yang dapat melegakan ketegangan. Ia sejenis buah yang dapat mencegah arteriosklerosis, menguatkan jantung, berkesan terhadap sakit kepala dan neuralgia."

Dr. Anna Aslan, seorang doctor berwibawa dalam bidang penuaan berkata: "Guarana adalah kunci awet muda dan sumber tenaga keremajaan yang utama."

Sihat Dan Cantik Dengan BLiNQ Beauty Drink

No comments:

Post a Comment